Halaman

21/06/13

Selamat tinggal anak ummi...

Assalamualaikum,

19/05/2013,

Adalah detik yang amat membahagiakan bagi kami suami  isteri kerna mengetahui adanya insan lain di dalam rahimku ini. Masih kecil! Alhamdulillah Ya Allah.. Tidak sangka secepat ini Kau memberikan kami nikmat sebegini. Di saat ini, suamiku benar2 mengambil berat akan diriku. Apa sahaja yang di idamkan, akan cuba di berikan.

Setiap hari, akan ku usap perut ini sambil berbual2 dengan zuriatku yang belum lagi sempurna sifatnya. " Anak ummi, ayah dengan ummi sayang sangat dekat anak ummi dan ayah. Anak ummi kena kuat tau". Setiap pagi, tengah hari, malam akan ku berbual bersamanya. Suamiku pula akan cium perutku. Indahnya ku rasakan..

Namun, 20/06/ 2013...

Adalah detik yang amat perit dan terlalu sedih bagi diriku dan suami.. Kenapa terlalu cepat anak ummi pergi... Ummi terlalu sayangkan anak ummi.... Ya Allah, kuatkanlah hatiku..

Pagi itu, setelah sarapan. Aku rasa sakit perut menyucuk sangat. Dalam hatiku berdoa suapaya tiada yang buruk berlaku. Aku ke tandas. Ya Allah! Saat itu, ku lihat segumpal darah keluar dan saat itu juga hatiku gundah gulana. Fikiranku bercelaru! Aku pening.. Apa sebenarnya yang terjadi??? Aku menangis menahan kesakitan.

Suamiku telah berada di tempat kerja. Aku takut sangat. Tapi terpaksa juga ke gagahkan diri menghubungi suamiku dan alhamdulillah dia dapat pulang dengan mengambil cuti kecemasan. Kami menuju ke klinik berdekatan.

Awalnya, doktor memberikan kami harapan bahawa bayi kecil ini masih ada. Air mataku mula bertakung. " Nampak ada ni, tapi tak jelas.Urine pun dah bengkak. Still bleeding?" tanya doktor. Aku mengiayakan. Setelah itu, aku di kehendaki  membuat urine test semula. Ya Allah, darah hitam pekat mengalir. Air mataku tidak dapat menahan lagi.

Hasil ujian itu, ada perbalahan antara nurse dan doktor. Aku hanya melihat wajah suamiku. Dia hanya tersenyum. "Tak ada rezeki awak", kata doktor. Tersentap hatiku! Kenapa secepat begini anak ummi pergi tinggalkan ummi... Doktor tetap memberikan semangat padaku dan memberi vitamin. Walaupun doktor kata aku masih muda, tapi naluri seorang ibu hanya Allah yang mengetahui.

Sampainya di rumah, aku menangis menahan kesakitan, kehilangan.. Suamiku cuba memujuk. Dia menasihatiku supaya berehat dan biar dia yang masak. Aku terlalu sedih... " Tak apa sayang, kita cuba lagi dengan gigih dan kuat" , pujuk suamiku. Kami ketawa bersama. Tapi, dalam hati ini hanya Allah yang Mengetahui.

Selamat tinggal anak ummi...
Terima kasih sudi bersama ummi dan ayah walaupun hanya seketika..
Terima kasih Ya Allah kerna memberikan kami nikmat sebegini.
Mungkin, ada hikmah yang tidak kami ketahui.
Terima kasih keluarga dan sahabat yang memberikan kata2 sokongan kpd kami..
Terima kasih semua..