Halaman

23/02/13

Istimewanya Muslimah

Assalamualaikum,

Kaifa haluki? Apa khabar saudari-saudari sekalian? Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk sama- sama menimba ilmu. Di sini, ingin saya jelaskan bahawa setiap yang saya tulis di sini hanyalah sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman yang di tempuhi. Saya berterima kasih di atas pujian dan kritikan yang di beri. Alhamdulillah, yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurangnya adalah kelemahan diri saya sendiri. Walaupun ilmu agama saya hanyalah sekangkang kera, namun saya ingin membantu saudari-saudari dalam menjalankan kewajipan sebagai muslimah sebaiknya menurut syariat Islam.

Topik hari ini, ISTIMEWANYA MUSLIMAH. Apa yang sangat istimewanya muslimah? Ha... saya akan ceritakan pada anda semua. Waktu bayi, kita telah di sunatkan. Alhamdulillah... ini adalah kebaikan demi kesihatan. Bila time kecik- kecik mesti lah kita tak malu sebab kita sendiri tak mengerti apa-apa lagi. Istimewanya dapat menjaga keaiban muslimah itu sendiri. Kalau dah dewasa baru nak sunat, pasti akan ada rasa sedikit malu kan?

Pastu, bila kita di usia kanak-kanak, kita dah pun di ajar menutup aurat. Apa faedahnya tutup aurat? Banyak sekali faedahnya tau. Kalau dari aspek kesihatan, bila tutup aurat dengan sempurna, kulit kita akan terlindung dari pancaran sinaran UV yang berbahaya(kalau siang). Bahkan, rambut kita juga tak akan mudah rosak sebab dilindungi dengan hijab. Stokin pula menutupi segalanya. Wah... Begitu sayangnya Allah pada kita semua. Segala perintahnya ada kebaikan untuk semua hamba-Nya. Itu baru bab kesihatan, tutup aurat juga mempunyai kelebihan dalam aspek keselamatan tau. Tu la kena tutup aurat... Pengalaman seorang hamba Allah, dengan menutup aurat dengan sempurna, lelaki ajnabi( bukan muhrim) tidak berani mengganggu. Pernah saya tanya kepada adik-adik saya sendiri. Kenapa lelaki bila tengok muslimah yang menutup aurat, mereka tak berani nak ganggu? Jawapannya," Kak, kita tengok nasi lemak yang panas-panas, pastu balut cantik-cantik dengan nasi lemak yang sejuk, tapi terdedah. Mesti kita nak yang bungkus cantik-cantik,panas-panas lagi kan? Cam tu lah kami lelaki ni..Bukan kami tak berani, tapi kami hormati depa". Faham kan? Istimewa sungguh muslimah kan

Kemudian, bila dah meningkat dewasa, di beri pula hari istimewa iaitu hari datang bulan. Syukurlah bila anda datang bulan kerana ini membuktikan anda sihat. Apabila telah berkahwin kelak, hari istimewa inilah yang akan menjadi perhitungan anda. Sebenarnya, hari istimewa ini ada hikmahnya sendiri tau. Jangan merungut! Hari datang bulan, adalah di mana hari membaiki semula sistem dalaman muslimah itu sendiri. Bila datang hari istimewa, kita diberi keistimewaan cuti solat pula tu. Ha, yang lelaki tak ada kan? Beruntungnya kita wahai muslimah.. Allah beri kita cuti solat tanpa perlu ganti. Terima Kasih Ya Allah...

Seterusnya, apabila hendak bernikah, kita diberikan pula penghargaan dengan menerima mas kahwin. Subhanallah....Dah kawin, kita di berikan peluang pula untuk mengandung. Setiap perbuatan kita dalam melayani suami, mendapat pahala. Tapi, kalau layan boyfriend seperti layan suami, apakah yang akan kita dapat? DOSA. Nauzubillah....Setiap muslimah mempunyai rahim. Tanpa rahim, tak boleh mengandung. Begitu istimewa wanita... Mereka mengandung selama sembilan bulan, merasa gerakkan bayi, tendangannya...Allah Maha Besar. Kita sendiri tidak dapat nampak bagaimana bayi boleh hidup di dalam perut ibunya? Tetapi inilah kuasa Allah.. Keistimewaannya hanya untuk muslimah.

Apabila kita telah meninggal dunia, kita di kebumikan di dalam liang lahad lebih dalam berbanding lelaki. Kenapa? Ini kerana untuk melindungi keaiban muslimah itu sendiri. Ya Allah, terima kasih kerna menjadikan kami di kalangan muslimah. Semoga kami para muslimah dapat menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah. Amin... JANGAN PERNAH MENYESAL MENJADI MUSLIMAH LALU MENUKARKAN DIRI DAN JANTINA ANDA. Syukurlah apa yang anda miliki.

19/02/13

Pergi Tak Kembali....

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas lagi untuk sama-sama bermuhasabah diri. Hari ini, saya terpanggil untuk membincangkan topik ini supaya kita sama-sama dapat menginsafi diri. Saudara saudari sekalian, tahukah kita bila kita dihidupkan? bila roh di tiupkan ke atas kita? Kita tidak tahu semua tu... Allahuakbar! Allah Maha Besar. Hanya Allah yang mengetahuinya. Begitu juga dengan kematian kita.... Adakah kita dah tahu tarikh, waktu, jam, pagi atau petang, macam mana keadaan kita meninggal? Tidak... Kita tidak tahu... Bila- bila masa sahaja kita boleh kembali kepada Allah. Dari Allah kita datang, kepada Alllah juga kita kembali...


Saudara saudariku,

Sudah bersediakah kita menempuhi hari itu? Hari kita akan di hitung segala amalan kita...Yang baik dan buruk tiada rahsia lagi.. Tangisan dan sesalan sudah tiada gunanya lagi ketika itu. Ibu... Ayah... Mereka juga tidak bisa mendengar tangisan kita di sana.. Siapa yang akan membantu kita ketika itu??? Hanya diri kita sendiri. 

Kita akan pergi dan tak akan kembali lagi ke dunia ini..  Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta seluruh umat islam di dunia ini Ya Allah.....  Hanya kepada-Mu tempat kami memohon... Kuatkanlah hati kami dengan IMAN supaya kami dapat meneruskan kehidupan berlandaskan syariat islam. Satukanlah hati-hati kami supaya bersatu dalam menegakkan syiar Islam. Berikanlah kami pasangan yang soleh serta solehah... Zuriat- zuriat yang soleh serta solehah yang boleh mendoakan kebaikan untuk kami kelak. 

Yang pergi, tak akan kembali lagi... Tetapkanlah iman di hati kami Ya Allah supaya kami dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna.. Berikanlah kekuatan di hati-hati kami supaya dapat menangkis bisikan-bisikan syaitan laknatullah... Hanya kepada-Mu kami berserah Ya Allah....

Pergi tak kembali... Tapi, hanya tiga bekalan yang akan pergi bersama kita....  sedekah jariah, ilmu serta doa anak-anak soleh.... Saya ingin meminta maaf kepada semua andainya ada perkara yang telah menyinggung hati anda... Assalamualaikum.





18/02/13

Tips-tips menutup aurat muslimah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini kita masih di beri peluang lagi untuk bernafas di dunia nan indah ini. Topik yang ingin di bincangkan hari ni, sebagai pedoman dan panduan kepada kita semua.
Ok lah, menutup aurat ni adalah kewajipan untuk kita semua. AURAT SEORANG MUSLIMAH ADALAH SELURUH TUBUH KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN. Jadi, kelonggaran kita hanyalah muka dan tapak tangan.Sebagai seorang muslimah saya rasa nak share sedikit sebanyak panduan untuk menutup aurat dengan sempurna. Sudah menjadi tanggungjawab kita bersama saling ingat-mengingati.

1st, bermula bahagian kepala. Itu aurat tu.... Kita pakailah tudung style ape pun x pe. Yg penting sekali, tudung tu tak jarang. Kalau jarang, samalah cam tak pakai tudung kan, nampak leher juga. So, nak wat ape cam tu? Ha, pastu, tudung tu tutup rambut- rambut anda yer. Rambut kan aurat kita. Kenapa nak pakai bagi rambut tu macam terbonjol kat depan. Fesyen ke apa ke aurat tetap aurat. Tak ada pengecualian. Pastu, tudung tu hendaklah tutup dada. Kalau kita pakai yang tak tutup dada, itu sama lah macam kita menunjukkan aset berharga kita kepada laki ajnabi( bukan mahram). Padahal, tujuan sebenar kita bertudung adalah menutup aurat. Jadi, bila nak tutup aurat, kenalah sempurna kan.... Kalau boleh, pakai tudung labuh. Lebih baik labuhkan tudung. Tak panas... Serius tak panas. Nampak jer macam panas. Tapi bila dah pakai, subhanallah... Allah memberikan nikmat pada kita tau. Lagi satu, kalau nak solat pun senang. Keselamatan kita pun terjaga dari pandangan mata-mata yang tidak baik.

2nd, Bahagian badan. Yang ni yang ramai tau. Tapi, still buat lagi. Saudari- saudari sekalian, pakaian yang kita pakai dalam menutup aurat tu, biarlah yang longgar. Kalau pakai yang ketat, dah terang lagi bersuluh berdosa. Kenapa perlu pakai yang ketat? Tak elok tau pakai ketat2 untuk peredaran darah kita. Sedangkan, Allah dah tetapkan panduan yang baik untuk kita dari cara pemakaian juga. Betapa sayangnya Allah pada kita. Baju tu, biar longgar dan labuh tutup punggung. Bila kita tak tutup punggung, sebahagian laki ajnabi yang memandang akan mudah terangsang untuk melakukan perkara yang tidak di ingini. Jadi, kita tak sayang ke diri kita? Pastu, fabrik baju tu janganlah jarang. Tu pun sama cam nak tunjukkan "keistimewaan" muslimah kepada yang bukan mahram tau.... Ruginya.... Kalau pakai jarang, senang benarlah kulit kita ni terkena sinaran UV. Kalau pakai molek2, kulit kita pun terlindung. 1 lagi, pakai baju lengan panjang. Kalau nak pakai lengan pendek, pakailah inner atau hand sock. Aurat kita di mana? Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

3rd, seluar juga janganlah ketat2. Nak buat ape seluar ketat... Pakai jer untuk tatapan suami kita... Kalau tunjuk cam tu kat lelaki ajnabi, berdosa besar.. Memang kita pakai seluar tutup kaki, tapi... ketat! Nampak bentuk kaki kita... Tak manis sangat-sangat dipandang. Biarlah seluar tu labuh ke buku lali. Kalau pakai skirt pun sama, pakai lah yang longgar. Jangan pakai skirt ketat. Kalau skirt tu atasnya ketat bawahnya kembang, pakai lah baju muslimah. Boleh menutupi pandangan negatif kepada seorang muslimah.

Terakhir, Bahagian kaki. Pakailah stokin. Stokin pula, jangan jarang. Banyak stokin-stokin comel dijual. Tapi, yang penting stokin tu kita selesa, warna ape pun x pe. Yang penting, tak jarang sebab kalau jarang, sama lah tak tutup kaki. Kenapa kena pakai stokin? Aurat muslimah kan seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Saya harapkan, panduan ni dapat membantu setiap dari kita dalam tatacara menutup aurat dengan sempurna. Selamat beramal! Tutup aurat tu kan comel. :-)

10/02/13

Hijab, Style@Kewajipan?

Assalamualaikum,

 Apa khabar saudari- saudari sekalian? Semoga anda semua sihat yer. Ok lah, berbalik topik hari ni mengenai hijab. Hijab ni, dalam bahasa orang melayu kita adalah tudung. Kat pasaran sekarang, macam2 jenis tudung ada. Tudung bawal, tudung Ekin, tudung shwal, selendang, tudung labuh dan macam2 lagi lah. Heheh...

Tapi, persoalannya kan, kita bertudung ni hanya untuk fesyen atau kewajipan? Saya bagi contoh yer. Contoh jer tau. Katakan saya pilih tudung selendang yang besar dan labuh. Selalunya orang tak suka selendang macam ni sebab panas katanya. tapi, saya suka. Hehehe... Ok, tujuan kita bertudung adalah untuk menutup aurat. Aurat muslimah adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ni pilihan si A dan si B. A pilih selendang cam saya cakap tadi. B pula plih selendang yang corak dan warna yang cantik sangat, mahal, tapi kainnya hanya nipis.

A: Saya selesa selendang ni tebal, besar dan labuh.
B: Panas la selendang awak tu.Selendang saya ni lagi senang, tak panas. cantik pula tu
A: Selendang saya juga cantik.
B: Tapi, tebal dan besar2 nak wat ape? Nanti jadi tak elok bila pakai.
A: Saya pakai untuk tutup aurat.
B: Saya pun!
A: Selendang labuh saya ni tutup dada
B: Ala! Selendang saya ni tarik je la bagi tutup dada pun bleh!
A: Tapi, kenapa awak tak tutup?
B: Ini fesyen dan trend la.
A: Maknanya, awak hanya sekadar berfesyen. Tetapi, tak sepenuhnya menutup aurat. Saya masih menutup aurat walau berfesyen. Selendang labuh saya ni tak menampakkan dada dan ketebalannya menutup dari nampak leher saya. Leher pun aurat kita. Jadi, kenapa perlu pilih yang nipis? Tudung tebal lagi mudah dibentuk.
B: Hummm...

Nampakkan perbezaannya? Itulah yang saya cuba sampaikan.
Kita nak berfesyen, tak salah. Wanita dan kecantikkan tu tak dapat dipisahkan. Hehe.. Memang lumrah wanita. Kalau kita pilih tudung jenis mana pun tak kisah. Yang penting, pucuk pangkalnya menutup aurat. Banyak yang kita tengok tudung sekarang, leher ada tutup ada tak tutup. Kalau tutup pun jarang. Tapi, pilihan dalam tangan kita.

Yang tertutup itu indah. Cuba kita pilih nasi lemak dekat kedai makan. Kita nak pilih nasi lemak yang panas dan dibungkus rapi atau nasi lemak yang terdedah dan sejuk? Mestilah yang dibungkus kan....
Itu perumpamaan.

Tetapi, alhamdulillah.... Saya sekarang bertudung labuh lebih memudahkan segalanya. Bukannya riak... Hanya ingin berkongsi pendapat. Bagi saya, bertudung labuh juga boleh berfesyen. Pilih tudung labuh bawal bidang 60 pun, boleh wat pelbagai gaya. Tudung labuh segi tiga juga boleh turut bergaya. Tapi, pucuk pangkalnya adalah niat kerana Allah!

Semoga istiqomah dalam berhijab.

Cinta Sejati

 Assalamualaikum,

  Alhamdulillah, hari ini saya masih diberikan peluang lagi untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pendapat dengan anda. Topik hari ni, CINTA SEJATI. Mesti ramai yang tengok citer " Setia Hujung Nyawa" kan? Hehehe... Cuba kite tengok citer tu, cinta sejati yang pertama tu ( boyfriend 1st), kerna terlalu cinta sampai sanggup memberikan segalanya. Tapi, dek keterlanjuran tu, die pun hamil....

  Pastu, BF 1ST die tu, pergi lak luar negara. Ok, cinta sejati kedua lak, die kawin dengan orang lain. Tapi, die sendiri tak tahu die tgh hamil sampai die keguguran. Masa tu, suami die baru dapat tau die hamil anak orang lain kan? Then, macam2 masalah mendatang. Akhirnya, diorang baik-baik juga. Tapi, pucuk pangkalnya dari mana??? Inilah jawapan sebenar iaitu Cinta sejati yang sebenarnya adalah bila kita mencintai Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.

  Kalau tengok citer tu, last sekali banyak diorang mendekatkan diri dengan Allah. Segala permasalahan, kekusutan dapat di selesaikan dengan baik. Berusaha dan bertawakal kepada Allah. Itulah cinta sejati kita yang sebenar.

  Ok lah, apa yang kita dapat bila cintakan boyfriend? Kasih sayang? Tetapi tidak halal untuk kita. Duit? Hahaha.. die boleh ungkit balik. Kemewahan? dari mana la datangnye kemewahan tu ek... Apa lagi yang kita dapat? Luahkan perasaan? Belum tentu dapat settle... Kadang-kadang kita pula yang sakit hati dengan kata-kata dan tingkah lakunya.

  Tapi, kalau kita mencintai Allah, macam- macam kelebihan dan kemudahan kita dapat. Kasih sayang dah pasti. Bila kita mencintai Allah, pasti Allah memberikan yang halal untuk kita untuk berkasih sayang. Kewangan, insyaallah dengan setiap usaha dan doa yang kita panjatkan kepada-Nya. Kemewahan, insyaallah... Semua yang ada di dalam dunia ini hanya milik Allah. Luahlah perasaan kita kepada Allah. Jiwa kita tenang. Insyaallah.... Allah itu Maha Pengasih dan Maha Mendengar. Allah lebih suka kita meminta kepada-Nya.

  Wahai saudara dan saudari, setiap apa yang kita lakukan, lakukanlah dengan niat kerana Allah. Ingatlah, itulah cinta sejati kita yang sebenar. Allah yang menciptakan kita, menghidupkan kita, mematikan kita. Tiada apa yang dapat menandingi-Nya.

  Seandainya ada salah dan silap, tegurlah... Tetapi, apa jua kita lakukan, ingatlah pada Allah S.W.T .
Sekian, terima kasih.