Halaman

21/06/13

Selamat tinggal anak ummi...

Assalamualaikum,

19/05/2013,

Adalah detik yang amat membahagiakan bagi kami suami  isteri kerna mengetahui adanya insan lain di dalam rahimku ini. Masih kecil! Alhamdulillah Ya Allah.. Tidak sangka secepat ini Kau memberikan kami nikmat sebegini. Di saat ini, suamiku benar2 mengambil berat akan diriku. Apa sahaja yang di idamkan, akan cuba di berikan.

Setiap hari, akan ku usap perut ini sambil berbual2 dengan zuriatku yang belum lagi sempurna sifatnya. " Anak ummi, ayah dengan ummi sayang sangat dekat anak ummi dan ayah. Anak ummi kena kuat tau". Setiap pagi, tengah hari, malam akan ku berbual bersamanya. Suamiku pula akan cium perutku. Indahnya ku rasakan..

Namun, 20/06/ 2013...

Adalah detik yang amat perit dan terlalu sedih bagi diriku dan suami.. Kenapa terlalu cepat anak ummi pergi... Ummi terlalu sayangkan anak ummi.... Ya Allah, kuatkanlah hatiku..

Pagi itu, setelah sarapan. Aku rasa sakit perut menyucuk sangat. Dalam hatiku berdoa suapaya tiada yang buruk berlaku. Aku ke tandas. Ya Allah! Saat itu, ku lihat segumpal darah keluar dan saat itu juga hatiku gundah gulana. Fikiranku bercelaru! Aku pening.. Apa sebenarnya yang terjadi??? Aku menangis menahan kesakitan.

Suamiku telah berada di tempat kerja. Aku takut sangat. Tapi terpaksa juga ke gagahkan diri menghubungi suamiku dan alhamdulillah dia dapat pulang dengan mengambil cuti kecemasan. Kami menuju ke klinik berdekatan.

Awalnya, doktor memberikan kami harapan bahawa bayi kecil ini masih ada. Air mataku mula bertakung. " Nampak ada ni, tapi tak jelas.Urine pun dah bengkak. Still bleeding?" tanya doktor. Aku mengiayakan. Setelah itu, aku di kehendaki  membuat urine test semula. Ya Allah, darah hitam pekat mengalir. Air mataku tidak dapat menahan lagi.

Hasil ujian itu, ada perbalahan antara nurse dan doktor. Aku hanya melihat wajah suamiku. Dia hanya tersenyum. "Tak ada rezeki awak", kata doktor. Tersentap hatiku! Kenapa secepat begini anak ummi pergi tinggalkan ummi... Doktor tetap memberikan semangat padaku dan memberi vitamin. Walaupun doktor kata aku masih muda, tapi naluri seorang ibu hanya Allah yang mengetahui.

Sampainya di rumah, aku menangis menahan kesakitan, kehilangan.. Suamiku cuba memujuk. Dia menasihatiku supaya berehat dan biar dia yang masak. Aku terlalu sedih... " Tak apa sayang, kita cuba lagi dengan gigih dan kuat" , pujuk suamiku. Kami ketawa bersama. Tapi, dalam hati ini hanya Allah yang Mengetahui.

Selamat tinggal anak ummi...
Terima kasih sudi bersama ummi dan ayah walaupun hanya seketika..
Terima kasih Ya Allah kerna memberikan kami nikmat sebegini.
Mungkin, ada hikmah yang tidak kami ketahui.
Terima kasih keluarga dan sahabat yang memberikan kata2 sokongan kpd kami..
Terima kasih semua..

16/05/13

Alhamdulillah... Imamku!

Assalamualaikum,

lama benar rasanya saya tak update blog. Heheh...almaklumlah, sibuk menguruskan persiapan dan macam2 lagi. Hari ni, saya hanya ingin kongsikan pengalaman lalu dan kini. Alhamdulillah...

Hujung tahun 2011, kami berkenalan secara tidak sengaja dalam laman sosial. Tapi, tak pernah jumpa pun. Ada dia minta number telefon, tapi masa tu saya wat tak layan jer. Hoho... Baru kenal, tak tau macam mana kan.. So, tak berani la. Pastu, hujung bulan 1, si dia bersungguh-sungguh benar ingin menyunting hidupku. Masa tu, pikir banyak kali gak la... Bayangkan, tak pernah jumpa, tengok gambar pun dalam laman sosial jer. Boleh caya ke?

Then, saya cuba beri ruang untuknya. 01.02.2012, hubungan kami kian rapat. Kesungguhannya, ciri-ciri yang ditonjolkannya sedikit sebanyak dapat menawan hati ini. Ku lakukan solat istikharah, alhamdulillah petanda yang baik. Pada 07.04.2012, si dia bertandang ke rumah bertemu kedua orang tuaku dan menyatakan hasratnya untuk menyunting diriku. Subhanallah... Tidak ku sangka si dia benar2 ikhlas. Inilah pertama kali aku bertemu dirinya. Bukan berdua-duaan. Sebaliknya ditemani saudara serta orang tuaku.

Rasa cam tak peraya begitu cepat masa berlalu. 26.05.2012, kami telah mengikat tali pertunangan. Menitis air mataku...Bukan kerana sedih, tapi terlalu gembira kerna sebelum ini banyak dugaan dan ujian melanda diriku. Tapi, alhamdulillah kali ini Allah permudahkan urusanku. Bertunang bukan alasan kami berdua-duaan! Kami akan tetap di temani muhrim.

03.01.2013..Tarikh indah bagi kami berdua! Nak tau kenapa? Hehe.. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama. Subhanallah...Hebatnya kuasa Allah...

11 bulan telah berlalu... 26.04.2013, tepat jam sepuluh malam di rumahku, akhirnya kami telah di akad nikahkan oleh abahku sendiri. Akhirnya,saat di tunggu2 telah pun tiba. Kami telah menjadi suami isteri yang sah. Malam itu, benar2 menyayat hatiku. Saat abah menggenggam erat tangan suamiku, ku dengar suaranya yang sebak untuk melepaskanku kepada insan lain. 24 tahun diriku di besarkan olehnya...Aku amat mengerti. Saat itu juga kulihat linangan air mata di pipi ibuku yang banyak membantu membesarkan aku selama ini... Mak, abah, kakak sayangkan mak dan abah. Terima kasih besarkan kakak sepenuh kasih sayang selama ini. Kini, kakak dah jadi isteri kepada seorang suami iaitu Mohd Fauzi. Insyaallah, kakak akan cuba jadi isteri yang solehah seperti mak.

Kepada suamiku tercinta, terima kasih kerna menjadi sebahagian hidupku. Terima kasih kerna menjadi imamku. Di kala ayang sakit, abang urutkan. Abang sanggup melayan karenah ayang. Abang tak kisah berhabis duit asalkan kesihatan ayang terjaga. Terima kasih abang. Mak, abah, jangan risau... Abang jaga kakak sebaiknya macam mak dan abah jaga, Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih semua..:-)

4/04/13

Si tua berkaki bengkak

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Di harapkan ukhti wa akhi semua baik2 belaka yer. Entah kenapa, hari ni rasa sebak bila teringat kembali kisah silam. Cewah ayat...hehe.. Kejadian ni berlaku pada enam tahun yang lepas. Masa tu, saya study di Unisel. Waktu kejadian, lebih kurang pukul 12 tengah hari, hari sabtu. Tak ada kuliah pun hari tu. So, masa untuk release tension. Saya pun pergilah kat PKNS Shah Alam. selalu kalau kat sana, dalam pukul 3 petang, akan ada artis datang. Apa lagi, free show kan. Lagi pula, memang banyak aktiviti dijalankan kat situ.

Nak dipendekkan cerita la, masa tu saya baru keluar toilet kat belakang. Terpandanglah seorang mak cik tengah duduk atas tangga. Badan die agak besar, kaki die sebelah tu bengkak dan besar, memang sape2 tengok pun akan rasa kesian sebab kaki die banyak di hinggap lalat. Entah kenapa kaki saya ni melangkah terus ke arah mak cik tu dan duduk bersebelahan dengan die. Mak cik tu pandang saya, die senyum. Saya pun balas senyuman die balik la.

Pastu, bermulalah sesi soal jawab... Dah macam exam pula. huhu... Saya agak kehairanan tengok die berkain batik, berselipar dan hanya berbaju T-shirt kat tempat awam. 1st question dari saya, mak cik tunggu anak mak cik ke? Die tiba bertukar wajah. Tapi jangan salah fhm, die bertukar cam nak marah. Aikk..tersilap cakap nampaklah dalam hati saya ni. Mak cik tu boleh buat derk je kat saya. Ikut hati, memang la marah. Tapi, still saya wat muka slumber lagi masa tu.

Soalan kedua pula, mak cik dah makan? Bukan apa, masa tu saya tengok die pandang jer kat kedai makan. Nak je saya paksa die jawab apa yang saya tanya. Tiba-tiba, air mata die mengalir.... Saya dah mula takut. Die pun mulakan bicara. " Mak cik tak makan lagi... Mak cik tak dak duit. Anak mak cik hantar mak cik kat sini. Mak cik mai dari Alor Star. Mak cik ada anak sorang tu ja..". Time tu, berderau gak la darah ni. Mak cik tu pun bila cakap sebak sangat.. Ya Allah...

Saya tanya lagi, pastu mana anak mak cik? Air mata mak cik ni tak henti2 mencurah membasahi pipi. Saya tengok kaki die, Ya Allah...kesian sangat2. " Anak mak cik tak tau lah pi mana. Dah banyak hari dia tak (letak dalam bahasa utara) mak cik kat sini sampai ke la( hari ini) tak mai ambik lagi.". Habis tu, mak cik tak makan apa ke? Mak cik tu cakap, die ada makan. Tapi, hari tu duit die dah habis. Masa tu, memang la saya macam nak percaya ke tak sama rata. Tapi, tengok die pegang beg, dan paling saya kesian tengok kaki die yang bengkak dan dah jadi hitam.

Kemudian, saya belikan die makanan walaupun tak seberapa.Pastu, saya duduk sebelah die kat tangga tu, dan suapkan die makan. Die menangis lagi. "Anak, terima kasih yer. Mak cik tak pernah rasa macam ni...". Saya cuma lemparkan sebutir senyuman. Selesai je makan, dia tak henti2 ucap terima kasih. Saya cuba bagi cadangan untuk bawa die ke balai polis berhampiran untuk bantu die. Tak kan nak tidur kat tepi jalan kan? Tapi, mak cik tu tak nak. Orang yang lalu lalang pandang je kat saya semacam. Mana tak nya, boleh dok tengah2 tangga tu orang nak jalan. Hehe...

Tak pela, saya cakap nak pergi tandas jap. Keluar je tandas, mak cik tadi pun dah ghaib. Hummm.... Mana menghilangnya mak cik tu.. Sampai ke sekarang, saya asyik terfikir mana mak cik tu pergi.. Bukan apa, terlalu kesian dan risaukan dengan kesihatan die walaupun bukanlah sapa2 , tapi tetap saudara sesama islam. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik. Tapi, bekas makan yang saya beli tu pun dah tak ada kat tangga. Dan apa yang paling pelik, seorang pak cik tanya saya, kenapa adik cakap sorang2 atas tangga tadi?  Errrr!!!!???? Wallahualam.

20/03/13

Kulit Oren

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang tertanya kenapa entri saya kali ni tajuk kulit oren. Ye lah, sebelum ini kan banyak tajuk2 berkenanaan muslimah. Kali ni, saya nak share tentang penjagaan kesihatan dengan semua. Benda ni pun saya tau lepas baca buku yang di beli di Hasani Bookstore, Aeon Big Seberang Jaya.

Berbalik pada tajuk asal iaitu kulit oren. Seperti yg kita semua tahu, buah Oren ni bagus sebab ada Vitamin C. Vitamin C ni sebenarnya baik untuk kulit. Tapi, selalu kalau kita makan oren, pasti kita buang kulit die kan? Ha, kali ni jangan buang.

Kulit oren dapat membaiki kesan2 cela pada tubuh kita temasuk menghilangkan selulit! Tak percaya? Cuba dulu baru tau.Hehe... Saya dah mencuba. Subhanallah.... Begitu indahnya ciptaan Allah. Setiap yang di cipta-Nya mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri. Selain tu, kulit kita berasa halus, lembut dan segar.

Caranya senang jer, ok, mula2 kita mulakan dengan bacaan bismillahirrohmanirrohim. Kemudian, kulit oren tu kita masukkan dalam air panas. Biarkan air panas tu sejuk dengan sendiri. Aroma kulit oren tu dapat memberikan keharuman pada tubuh kita Bila air tu dah sejuk atau suam2, kulit oren tu kita amek, sapu atau gosokkan pada badan kita yang bermasalah seperti, lengan, perut, paha(yg banyak lemak atau nak buang daki2) dan sebagainya.

Lepas dah siap gosok, air tu kita buat mandi. Kesegarannya hanya anda yang mengetahui. Lepas tu, biarlah air tu sedikit dalam besen untuk kita rendamkan kaki di dalam besen. Untuk apa? Kaki kita juga perlukan pernafasan yang baik. Bila kita rendamkan kaki dalam air kulit oren, kaki kita akan terasa segar, dapat membuang bahan2 yg tidak diperlukan serta menjadikan kulit kaki cantik.

Selamat mencuba!


13/03/13

Don't judge a book by its cover.



Assalamualaikum,

Wah.. tetiba lak pagi ni tertulis tajuk blog dalam bahasa orang putih. Hehe.. sekali sekala kan... Tapi, apa yang saya nak share bersama hari ni, adalah untuk kita sama2 bermuhasabah diri. Cuba tengok kartun kat atas tu. Yang sebelah kiri, seksi kan? Apa pandangan korang? Yang sebelah kanan pula, tertutup. Apa pandangan korang?

Ha, masing2 ada persepsi tersendiri. Tetapi, kita mesti ingat. Jangan menilai seseorang hanya dari luaran! Setiap hamba Allah di muka bumi ni di cipta sebaik2 dan sangat cantik. Jadi, kita tak boleh la cakap yang pakai seksi itu jahat. Yang tutup itu pula baik. Walaubagaimanapun, saya tak kata yang tutup itu jahat, yang tak tutup itu baik ek.... Masing2 ada kelemahan dan kekurangan diri. Namun, yang tutup itu lebih baik sebab menurut perintah Allah untuk menutup aurat.

Yang seksi pula, tak mustahil akan menjadi lebih baik andai menutup aurat dan menurut segala perintah Allah. Di sini, ingin saya kongsikan kisah seorang saudara saya sendiri. Bukan ingin membuka aib, tetapi berkongsi pengalaman bersama. Hamba Allah ini pada suatu ketika dulu seorang yang sangat2 seksi. Lebih seksi dari gambar di atas. Pastu, sosial tu memang lah... Keluar sana sini... Suatu hari, setelah dia berumah tangga, dia berubah daripada seksi kepada muslimah yang menutup aurat. Kitorang ni memang jarang jumpa. Jumpa pun time raya. Suatu hari nak dipendekkan cite, die datang rumah bersama suami dan anak-anaknya seramai ssepuluh orang. Alhamdulillah.. rezki. Bahkan, yang paling membuatkan saya teruja, dia memakai purdah beserta sarung tangan. Sangat-sangat tenang melihatnya yang ketika itu berbadan dua. Anak-anaknya jua memakai pakaian yang sama( menutup aurat). Alhamdulillah... 

Bahkan, apabila di tanya tentang penghijrahannya, beliau sanggup berkongsi pengalaman dan bermacam-macam lagi. Saudari-saudari sekalian, ayuh kita berubah mempersiapkan diri ke jalan Allah. Mungkin, kita boleh berkata belum bersedia, atau tunggu nanti dah tua. Tapi, sempatkah hayat kita menghadapi hari tua? Apakah bekalan kita di sana? Saya mendoakan, agar semua muslimah dapat menutup aurat dengan sempurna dan menurut perintah Allah. Jangan kita cepat menunding jari kepada yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, kita memimpin tangan mereka supaya sama2 dapat menuju ke Jannah. Insyaallah...


6/03/13

Jom Solat!

Assalamualaikum semua, apa khabar?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerna kita masih bernafas lagi muka bumi Allah ini. Topik yang saya tulis hari ni, maybe ramai yang dah tau sebab ini adalah kewajipan muslimin wa muslimat. 


Ok lah, kalau kita nak cakap bab solat, memang ramai yang akan buat-buat pejam mata sebab benda tu basic dan sentiasa di ulang. Actually, solat memberikan banyak manfaat kepada kita tau. Termasuklah dari aspek kesihatan, kerohanian dan macam2 lagi. 


Semua orang tahu, solat adalah tiang agama. Macam kita nak buat rumah, kita perlukan tiang. Kalau tak ada tiang, robohlah rumah. Itu baru nak buat rumah. Ha, cam tu lah dengan solat. Kalau kita nak hidup kita bahagia dunia akhirat, kenalah solat. Tak susah pun nak solat.... 


Solat fardhu ada lima jer, Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Waktu solat pun, waktu kita free tau. Allah Maha Mengetahui. Pagi, kita bangunlah sebelum azan subuh. Bersihkan diri dulu. Oh yer, lari topik sikit nak gtau ni. Bangun awal pagi dan mandi, boleh membuatkan awet muda tau. Kenyataan ok! Ustazah Badriah, Ustazah Shuhada, Ustazah Rohashidah, semua ni nama2 ustazah saya yang bagitu benda ni. Memang betul. Tambah lagi, kita ambil wudhu dan tunaikan solat. Wah.... Lagi berseri wajah kita.


Waktu solat Zuhur, itulah waktu genting bagi setiap individu di Malaysia ini. Bukan apa, ada setengah syarikat time rehat, 12 tgh hari sampai pkl 1. Ada pula dari pukul 12.30- 1.30. Ha, agak2nya, cam mana nak solat Zuhur ek? Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa kerna saya sendiri pernah mengalami situasi begini. Kalau majikan muslim, perlepasan waktu solat tu sememangnya mudah ( pengalaman bekerja saya sendiri). Tapi, kalau syarikat non-muslim, memang susah. Pernah suatu ketika dulu, saya meminta bilik kecil untuk menunaikan solat. Tetapi tak di izinkan. Ok, tak mengapa. Saya minta untuk rehat pada pukul 1.Kalau saya rehat pukul 1, saya masuk pukul 2. maknanya, sempat untuk saya solat. Alhamdulillah, kedai makan di situ ada menyediakan surau walaupun terpaksa berjalan jauh, tak kisah. Kalau di situ tetap tak ada surau cam mana? Cuba berusaha ! Jadi, minta tukar lambat sikit time makan supaya senang untuk kita beribadah kepada Allah. Ingatlah setiap yang kita peroleh itu adalah dari Allah. 


Time kerja, pasti kita kerja sebaik-baiknya dan ikut prosedur yang telah ditetapkan. Kenapa perintah Allah kita tak boleh buat cam tu kan? Waktu Asar pula adalah waktu petang. Time tu, lagi senang doa kita dimakbulkan Allah. Mintalah apa sahaja yang kita nak minta. Insyaallah, pasti Allah makbulkan doa kita. Minta pada Allah bersungguh-sungguh. Allah amat suka kalau kita meminta pada-Nya.


Solat Maghrib, time ni lagi sat ujian. Hehe... Tau kenapa? Ye lah, time ni lah kat TV ada rancangan yang best2. Kita pun akan terkejar2 bagi solat cepat habis. Tak pun, biar lah citer ni habis dulu baru solat. Kenyataan tau... Fikirlah sendiri yer.... 


Solat isyak, tak lama pun lepas waktu maghrib. Sayangnya kalau kita terlepas peluang mengaji di antara waktu maghrib dan isyak. Bila kita mengaji, hati kita tenang sangat2. Pastu, apa kebaikan yang kita dapat dengan solat????


 Kalau nak tau, setiap pergerakkan kita di dalam ibadah solat, memberi manfaat kepada kesihatan kita sendiri. Salah satunya, ketika kita sujud, bagi kaum Hawa, dapat mengembalikan rahim kepada kedudukan asal. Subhanallah.... Sayangnya Allah pada kita. Itu baru bab sujud. Pastu, kita di suruh mendirikan solat dengan segera supaya dapat disiplinkan diri kita di samping pahala yang berlipat kali ganda. Contohnya, kalau kita sertai pertandingan lawan lari, tempat pertama dapat duit satu juta, kedua dapat seribu, ketiga seratus. Ha, mesti kita berlumba-lumba nak dapatkan duit sejuta kan? So, apa salahnya kalau kita berlumba-lumba mendirikan solat di awal waktu supaya memperoleh ganjaran pahala yang banyak? 


Sama-sama kita menunaikan solat fardhu supaya hidup kita di rahmati Allah. Semoga kita menjadi muslimin dan muslimat yang soleh serta solehah. Amin...


1/03/13

Menu: Sambal tumis

Assalamualaikum,

Hari ni saya lari topik sikit. Heheh.. Nak berkongsi ilmu menu masakkan sambal tumis. Ok lah, bahan-bahannya sangat senang. Cara buat pun, senang juga.

Bahan-bahan:

1) 3 ulas bawang besar (Blend)
2) Cili kisar (@ bahasa penang cabai kering pastu blend)
3) Air asam jawa
4) 2 ulas bawang putih
5) Garam& Gula
6) Sotong@ apa2 je yg kita nak letak

Cara-cara masakkan:

1) Mulakan dengan bismillah
2) Pastu, masukkan minyak
3) Dah panas minyak, masukkan 2@3 sudu bawang besar yang dah di blend& bawang putih
4) Pastu, masukkan 1@ 2 senduk cili kisar.
5) Kacaukan die, pastu masuk air asam jawa bagi kuah tu pekat sikit
6) Masukkan garam& gula. Jangan banyak sangat tau. Tak elok untuk kesihatan. Agak2 je.
7) Ni yg last, masukkan apa2 lauk yg kita nak letak macam sotong.
8) Habis dah, tunggu sampai didih kejap. Hidangkan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. :-)