Assalamualaikum,
Kaifa haluki? Apa khabar saudari-saudari sekalian? Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk sama- sama menimba ilmu. Di sini, ingin saya jelaskan bahawa setiap yang saya tulis di sini hanyalah sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman yang di tempuhi. Saya berterima kasih di atas pujian dan kritikan yang di beri. Alhamdulillah, yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurangnya adalah kelemahan diri saya sendiri. Walaupun ilmu agama saya hanyalah sekangkang kera, namun saya ingin membantu saudari-saudari dalam menjalankan kewajipan sebagai muslimah sebaiknya menurut syariat Islam.
Topik hari ini, ISTIMEWANYA MUSLIMAH. Apa yang sangat istimewanya muslimah? Ha... saya akan ceritakan pada anda semua. Waktu bayi, kita telah di sunatkan. Alhamdulillah... ini adalah kebaikan demi kesihatan. Bila time kecik- kecik mesti lah kita tak malu sebab kita sendiri tak mengerti apa-apa lagi. Istimewanya dapat menjaga keaiban muslimah itu sendiri. Kalau dah dewasa baru nak sunat, pasti akan ada rasa sedikit malu kan?
Pastu, bila kita di usia kanak-kanak, kita dah pun di ajar menutup aurat. Apa faedahnya tutup aurat? Banyak sekali faedahnya tau. Kalau dari aspek kesihatan, bila tutup aurat dengan sempurna, kulit kita akan terlindung dari pancaran sinaran UV yang berbahaya(kalau siang). Bahkan, rambut kita juga tak akan mudah rosak sebab dilindungi dengan hijab. Stokin pula menutupi segalanya. Wah... Begitu sayangnya Allah pada kita semua. Segala perintahnya ada kebaikan untuk semua hamba-Nya. Itu baru bab kesihatan, tutup aurat juga mempunyai kelebihan dalam aspek keselamatan tau. Tu la kena tutup aurat... Pengalaman seorang hamba Allah, dengan menutup aurat dengan sempurna, lelaki ajnabi( bukan muhrim) tidak berani mengganggu. Pernah saya tanya kepada adik-adik saya sendiri. Kenapa lelaki bila tengok muslimah yang menutup aurat, mereka tak berani nak ganggu? Jawapannya," Kak, kita tengok nasi lemak yang panas-panas, pastu balut cantik-cantik dengan nasi lemak yang sejuk, tapi terdedah. Mesti kita nak yang bungkus cantik-cantik,panas-panas lagi kan? Cam tu lah kami lelaki ni..Bukan kami tak berani, tapi kami hormati depa". Faham kan? Istimewa sungguh muslimah kan
Kemudian, bila dah meningkat dewasa, di beri pula hari istimewa iaitu hari datang bulan. Syukurlah bila anda datang bulan kerana ini membuktikan anda sihat. Apabila telah berkahwin kelak, hari istimewa inilah yang akan menjadi perhitungan anda. Sebenarnya, hari istimewa ini ada hikmahnya sendiri tau. Jangan merungut! Hari datang bulan, adalah di mana hari membaiki semula sistem dalaman muslimah itu sendiri. Bila datang hari istimewa, kita diberi keistimewaan cuti solat pula tu. Ha, yang lelaki tak ada kan? Beruntungnya kita wahai muslimah.. Allah beri kita cuti solat tanpa perlu ganti. Terima Kasih Ya Allah...
Seterusnya, apabila hendak bernikah, kita diberikan pula penghargaan dengan menerima mas kahwin. Subhanallah....Dah kawin, kita di berikan peluang pula untuk mengandung. Setiap perbuatan kita dalam melayani suami, mendapat pahala. Tapi, kalau layan boyfriend seperti layan suami, apakah yang akan kita dapat? DOSA. Nauzubillah....Setiap muslimah mempunyai rahim. Tanpa rahim, tak boleh mengandung. Begitu istimewa wanita... Mereka mengandung selama sembilan bulan, merasa gerakkan bayi, tendangannya...Allah Maha Besar. Kita sendiri tidak dapat nampak bagaimana bayi boleh hidup di dalam perut ibunya? Tetapi inilah kuasa Allah.. Keistimewaannya hanya untuk muslimah.
Apabila kita telah meninggal dunia, kita di kebumikan di dalam liang lahad lebih dalam berbanding lelaki. Kenapa? Ini kerana untuk melindungi keaiban muslimah itu sendiri. Ya Allah, terima kasih kerna menjadikan kami di kalangan muslimah. Semoga kami para muslimah dapat menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah. Amin... JANGAN PERNAH MENYESAL MENJADI MUSLIMAH LALU MENUKARKAN DIRI DAN JANTINA ANDA. Syukurlah apa yang anda miliki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan